BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 29, 2008

ADA APA DENGAN CINTA

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta… Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang DeirHati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmuCinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini…

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat
Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
“Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.
Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan
Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan. Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.
Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir
Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya.

Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark
Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas
Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat
Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya
Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian
Cinta tidak mempunyai undang-undang
Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi
Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi
Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico
Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim
Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta
Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.
Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman
Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun
Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda
Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek
Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris
Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain

Tuesday, October 28, 2008

yaaa...aww..aww...

huahuahua....sorg BZ ngan test,sorg dah lega pas test...x abis2 ngan test daa....yela..zaman student mmg ler cmtu..so bwk2 laa bersabo wahai kawan2kuu...haku pon kojer takat piun pon ader test gak tau..haku ngan noni terkial-kial jwb test tuh..dah laa x prepare habuk pon..pas lunch trus bgtau kol 2 ader test..mmg menyayat ati tol..tp aperpon jwb jela labu...tetttt...labu..??? hehehehe....jgn marah arr pidah..pinjam namer jap..

setelah sekian kurun lamernyee haku x tgk blog nih..bkn aper cumer kdg2 keje sbg piun nii watkan haku pon xderr maser nk mencoretkan madah2 berpujangga..jgn ngat stady jek xder mase tau..so pasni kalu korg rajin wat laa citer best222 kat blog ni..br gempak...muahahahaha....haku tlg bacer laa ekkk...

Friday, October 24, 2008

bz...bz...bz....

aloha....sory kwn2.aku dh lame x join blog.giler r....test ngan presentation byk yg amat.aku pn dh hmpr2 jd giler.huhuhu lec kt uitm ni ske sgt wt test.x fhm aku.suke sgt bzrkan dakwat pen.hehehe nmpkye yg rnck kt blog ni cme cik pdah ngan cik juju je.weh...korg xde keje ke?haha rndu la ktkorg smua....huhu

Tuesday, October 21, 2008

ladang anggur di penang

huaahahahahaha..ko nak suruh sape g umah aku jue?cuba gitau aku ngan lbih terang dan nyata..tett..belum masa g..relaks2 r..tak menyabo betul la ko ni..malam masih muda..eh silap..aku masih muda..yarhh..hahaha..huhu..aku baru pas ber role play arab tadi..fuh..lega..so skrg ni tinggal nunggu final jek..mintak2 r sumernyer ok..ehem22..cik jue..malam tadi wat pertama kalinye bubble yang aku wat berjaya sampai ke otak orang yang dituju..ngehehehe..mesti ko nak tau ngan sape aku berbubble ek..sebelum aku gitau..korang kena bawak banyak2 bersabo tau..jangan wat tuduhan melulu dulu..tak baik..hehehe..aku berbubble ngan penang..dengar cerita makin bertambah gebu sihat montel debab cik kak tu duk umah tanam anggur..aku tak dapat bayangkan r sesihat mana dia skrg ni..pastu aku cakap kat dia nak wat reunion dalam masa 5 tahun g..bukan main suke g dia sebab ada can dia nak kembali mendietkan diri..hehehe..dia kem salam kat korang..ayat akhir dia n aku sekali r..nite..chiowsss....hehehhheehehehe

woii...woii...

muahahahahaha...lawaksss tol laa korg ni punyerr citerr...x ngabeh2 nk main kutuk2 org..ish3...meh cni haku pnjangkan sket kutukan korg tuh...huhuhuhu...eleeee cekda...minah tuh x ngabes2 nk lawan ngan ko ek..org tunang nk tunang,org ader tu dier pon nk jugak tp jgn sok jgn laki ko pon dier nk rembat udah laa yerr...huhuhu...maner tau kan ko penah citer dolu2 korg penah main robut2 pakwe...tettttt....mtk jauh laaa....tp yg penting skrg ni jgn laa sbb tgk org kawen nk kawen jgak...pd hal diri sndiri aper pon x sedia lg...nayerrr....ye x pidah...???? hehehehehe.....ewah2...sejak bergelar tunangan org skrg daa dpt green light g umah bakal mak mentua...hehehehe...ganass laa...musti x terkata kelu lidah muka biru jingga jadiknyerrr kan...huahuahua....cam gitu laa cekda...kne berani menempuh realiti kehidupan...tol x pidah..???? pidah tuh bilerr lg nk g umah,berkenalan ngan mak ayah,akak2,adik2....ngehngehngeh.....

Monday, October 20, 2008

kitorang memang camni..

hahaha..well..cekda..biasa r..pe guna wat blog kalo tak penuhkan ngan pelbagai klasifikasi citer..ye x jue..hehehe..la..bez fren ko tu pn nak tunang gak ke cekda..ish3..memang dia betul2 bertekad nak mengikut jejak langkah ko ek..obses sungguh dia ngan ko..hahaha..nanti kalo dia wat majlis tunang n kawen..jangan luper ambik gambor ngan upload dlm blog nih..biar kami pakar2 juri hakim (bukan juria adlin dan jura hakim k..jangan perasan yek jue..teetttt) yang membuat keputusan majlis sape lg grand..hehe..ko brani ker nak membelah perut c papa yokies tu cekda?..mana la tau nanti time ko belah perut dia keluar plak watak-watak kartun yokies tu..bukan setakat papa yokies yang real..bahkan ngan mama yokies..yokie..yonie..yonna..dan adik beradik dia sume cukup lengkap ada..ekekekekeke..

p/s: time aku tengah mengupdate citer dalam blog ni, tetibe aku terdengar bunyi dentuman yang kuat..gedeganggg!!!cam tu lah lebih kurang bunyiknyer..dan tak lama pastu terdengar sorang aweks bersuara..sorry2..rupe2nyer dia terlanggar pintu cermin lab ni..hehehehe

yuhuuuuu!!!

korg b2 nih mmg gile kose tul..jap jerk dah baretus cte dlm blog nih..dasat tul..x der koje lain ker ari2 dok ngadap blog jerk..huhuhuhu..aku la nih tgh bz uruskan paper final exam dak2..malambak kertas menunggu utk ditande..poning2...
pergh meriah tul suasane raye korang ek..aku raye thn ni kureng gak sb 2 ari b4 raye dah start demam smpai ar raye k3..tension btl..dah x dpt nak tnjuk bakat menganyam ketupat..wakakakakaka...thn ni gak ar aku 1st time g raye umah pakcu..kecut perut weh, sume adik bradik dier ader including papa yokies yg duk seblh umah aku tu..geram jerk aku ngan dier, siap perli2 aku..klu ar aku der kuase cm altromen tu aku belah perut dier tau!! hahahahahahahaha....
weh nak tau x pasal member poyo yg duk seblh umah aku tu..ala pdah, ko jgn wat2 lupe, kan kite slalu ngumpat n kutuks die dulu..huhuhu..dier pun nak b'tunang weh..kecoh mak dier kate dier sbuk blaja msk skung nih nak prepare jd isteri..perghhhh, x nak ngalah tu weh..x kose aku..ikut aku nak tgu dier kawen lu, nak tgk betape grandnyer majlis dier nanti kan..huhuhu..skung siap b'lagak ngan aku sb dier dah der kete (w'pun kete pinjam kat abg dier..huhuhu)..dlm blog pun sempt kutuk org g kan..huhuhu..k ar, aku nak g smbng tande kertas pekse nih..adios!!

Sunday, October 19, 2008

omar's family vs famous amos..hahaha

well..cik juria..ko ni cam tau2 jek suasana time tu ek..ko skodeng kitorang ek..well..aku tau r family haku tu pemes..leh kalah biskut famous amos tu tau..hehe..bab bersalam2an tu mmg aku lemah ckt r..aku xleh nak jadi serius..hehe..tapi yang penting aku tetap maintain comel dpn mak aku time bersalam ngan dia..haha..gipun mak aku tu dah tau sangat perangai acik dia ni camne kan..so..no komen r..tettt..mana aci ko tak bagi aku wet raya jue..ko kan dah keje..kena r bagi wet raye pada insan yang belum keje g ni..tak baik tau membuli insan yang lemah ini..so..kepada sume member2 aku yang dah keje..thun dpn jgn luope bagi aku wet raye ek..hehehehehe

Friday, October 17, 2008

APER CIK PIDAH....????

huhuhu....bebanyak trimas kaseh haku ucapkan kpd penyokong setiaku...rapidah...sbb byk menyokong hasil nukilan haku ni kan..kan...haku tau laaaa ko tuhh baka yg baikkk....sbb tuh time rayer bersusun mcm kek lapis nk bersalaman kan...huhuhu...xtau laa nnt mcmaner time pidah nnt..kalu baka baikkkk daa mcm kek lapis time pidah haku rase daa mcm umah pangse 23 tgkat laa kot...hhuahuahua....ampuuuunnnnn....yela2..haku tau mcmaner prasaannyerr time bersalaman tuh..tp haku tau laa ko tu pidah...xder mase nk konsentrettt n' serius..ntah2 time bersalaman pon sempat sengeh2 lg..ker sengeh sbb byk doser niii....huhuhuhuhuhuhuh....

haku pon rayer taun ni x dapek lgsung wet ghayer tau...tp haku yg bg wet rayer ader laaa...kat mak,abg ngan usop jela...kuikuikui...ko pon haku nk bg gak ker pidah..??? bawak2 laa ngucap pidah oiii...haku ni piun jerrr...nnt ntah taun keberapa br haku jd eksekutif piun tau...huhuhu...ko doa jela haku dapek koje yg best2 br lah bg wet rayer kat ko...hahahahahahaha....

Wednesday, October 15, 2008

aku setuju ngan ko jue..

uwaa!!ni yang aku sedih ni..wat pertama kalinye aku terlalu amat sungguh begitu sangat setujunya ngan ko jue..peh..unbelievable tul kan..tu la pasal..sbb terlalu banyak yang aku setuju ngan minah ni..

yang pertama sekali aku paling setuju..RAYA TAHUN NI TAK BESH..sume plan raya tak menjadi..

yang kedua aku setuju..RAYA TAHUN LEPAS KAT UNIMAS YANG PALING BESH..superb duperb pnyer besh..sampai ade orang tu tak ingat nak balik kolej g..ngehehehe

yang ketiga aku sangat setuju..part salam menyalam di pagi raya yang paling syahdu..tapi aku nak oter sikit r bab part syahdu2 tu..sebab nak kata syahdu tu tak sangat r..jadi lawak ader r..well..ko tau la kan..family aku ni ramai..termasuk ngan abang2 ipar aku sekali tahun ni jadi 9 orang..yang nak disalam 2 orang jek..yang beratur nak bersalam punye la ramai..berjujuk cam keretapi..keretapi pun kira ok pe sbb sume sama panjang..yang kitorang plak cam tangga nak roboh..susunan tak teratur..kalo wat tangga ni..gerenti baru pijak anak tangga yang pertama dah runtuh..nak2 plak kalo yang memijak tu cik jue kan..hahaha..patutnyer c kecik yang jadi orang pertama bersalam ngan mak abah..tapi disebabkan akak2 dia lupa daratan jap..(aku terkecuali..aku akak yang baik)..so dia tercepit di tengah barisan..hahaha..dan yang paling besh of coz part dapat wet raya..ngehehe..tapi..ishh..ni yang paling tak besh ni..wet tu aku kena wat cover wet belanja bulan ni plak..uwargh!!!!!..apa ni???apa ni???why??i dont understand!!!this is not fair!!!!huk3..so kepada cik jue..jangan lupe pos wet raya kat aku..tettttt...

Monday, October 13, 2008

huhuhu...kenape nii...

ish3....ngatkan haku sorg jek yg rayer x best thn ni...ruper2nyerrr cekpot pon samer....hahahahaha...nk wat mcmaner daaa..ader mase best so ader maser x best laa kan. dah adat org yg idop musti merasai kegembiraan,kepuasan dan x luper musti gak merasai kesedihan dan kepayahan...so trime jela ngan ati yg redha...

tp yg pasti time rayer kat kuching last sem tu laaa yg btol2 best..kan..kan..maner x nyerr...kuor dr subuh ari sampai ke tgh mlm..tu nsib laa ngat nk balik kalu x musti tido kt masjid sok ari smbung g rayer...huhuhu....bestnyerrrrr...kenangan terindah seumur idop bergelar siswazah kat UNIMAS. tp skrg sumer daa x brape nk best. walau org ckp brayer ngan family tu best tp mcm x best gak...mcm xder kebebasan jek. tp yg pasti di pagi yg hening time mohon ampunnn tulaa yg paling syahdu...huhuhu...x tertahan ayer mate ku nii...sampai kne tadah ngan besen...melampau sungguhhhh...kan..kan...tp percaya laaa...mmg syahdu syahdan tau...

ehh cekpot...maner kawan2 kat blog nih...sumer daa menyepi jek...nape..pas rayer daa x larat bawak perot masing2 ekkk....ish...ish...ish....tp arini ni ari yg paliiiing menggembirakan haku....sbb...huhuhuuhuhuhuhu......last day ganti poser....yeaaaaaaaaaaaa.....horayyyyyy.....terlepas utang haku...maner tau kalu mati pon daaa x susahkan sesaper kann..kan...huhuhuhu.....so nnt pada kawan2 ku...jgn luper ganti poserr...utang mesti di bayar balik...ngat tuhh...

Friday, October 10, 2008

raye tak besh..

kalo tgk tajuk tu pn gerenti dah tau ape yang aku nak membebelkan dlm blog nih kan..dan aku rasa kalo aku tak membebel pn xpe kot..tapi aku tak kira..aku tetap nak membebel gak..saje nak bagi taik idung korang cair membacanye..hahah..yargh..pengotor..uwargh!!raya aritu tak besh r..mana taknyer..duk terperap kat umah jek..sume plan yang aku rancang tak menjadi..nak p beraya ngan mber..last minit ade plak yang demam..cehh..time sblm raya taknak demam..time2 raya ni la baru nak demam...grrrr...last2 aku wat aktiviti tahunan r..duk mengadap tv jek..sambil2 mata tu menjeling tangan2 gatal yang duk mengsonglap kuih aka biskut raya dlm balang kat atas meja tuh..pemalas tul masing2..tau nak makan yang depan mata jek..bila balang tu dah kosong wat2 tak reti jek nak mengisik balik..hampes tul..aku ingat taun dpn aku nak booking jue r jadi tukang isi kuih raya..hehe..nak tak jue?..ala..nanti aku bayar r gaji kat ko..sebijik kuih yang ko isi dlm balang tu aku cas 1sen..mahal tu..amacam??setuju??nanti contact r ude aku sbb dia nanti yang kena bayar gaji ko..bkn aku..haha..ko ghindu kat kak enot ek jue..ish22..cian ko ek..aku pn dah lama xnampak kak enot start dari awal sem aritu..mybe dah bersalin kot..kak enot aku tak nampak..tapi enot yang pelakon tu ade aku nampak time raya aritu..tapi dlm tv jek..ekekeke..adiosssss..

Tuesday, October 7, 2008

SELAMAT HARI RAYERR AIDILFITRI.....2008

muahahahahaha....rayer daa abis tp utk saper yg gler talak nk rayer smpai lebey sbulan tuh sila laa yekkk...utk sumer pembace blog ni pon haku ucapkan selamat hari rayer maaf ampon dr ujung rerambut hingge ker ujung kuku kaki haku laa yekk...haku ni kan manusia hina..slalu wat salah. niat nk gurau tp tersakit,terluke,terlepas ckp so daa wat member2 marah,bengang,meluat kat haku...hwaaaaaa...ampoooonnnn.....

so korg sumer rayer ktner ar..??? huhuhu...haku brayer kt simpang renggam,johor. best laa rayer kt umah sndr..tp bkn umah haku tp milik bapak haku laa sbb die yg mengabeh duit wat umah tuh kan..hehehehe...haku takat tlg penohkan umah bapak haku jela..tumpang 2 kaki saiz 8 ni jee...saper laa haku ni kan...hwaaaaaa.....tp walaupon awal2 haku ckp best rayer kt umah sndr tp pd batinnyerrrr haku rs lain mcm sgt laa rayer thn nih..haku pon x tau maner silapnyerrr...mgkn kah sbb haku dh dok umah sndr so makcik haku nan 1 tuh dh lain mcm ngan haku tau...huhuhu...mkck haku tuh bkn main rapat ketet erat lg ngan haku time kami sefamily tumpang umah dier dlu..tp skrg...hwaaaaaa...pndang pon mcm nk xnak jek..mgkin kee sbb skrg haku makin slim + dh kojer + dh bergayer so dier naik jeles plek..??? ntah leee...

yg haku pling x tahan...huhuhu...jumpe sepupu kupu2 haku yg dah 'buncit' terkene buatan org...tetttttt...pidahhh...pk haper tuhh...eeee...korg tau2 jela kan kalu jumper pon skali setaun jek..masing2 dh nunggu ari jek..eeee...meremang bulu rome haku nengok sepupu haku dh ngandong tau..yela..dolu2 teman sepermainan tuhhh...teman memanjat pokok,teman main parit,main gusti,main masak2 pon ader...tp skrg masing2 daa bawak perot daaa....hwahwahwa...biler lg haku ni ekkk....xder laa jeles tp x dpt bayang kalu haku cmtuh..huhuhu...pidahhhh...ko gelak haper arrr....ko kne gak sok pidahhh...

so paperpon yg terjadi time rayer ni pd haku sumer tuh adalah kenyataan yg harus ditempuhi pd setiap insan selagi masih idop..yg pnting adalah kekuatan utk menempuhinyerrrr...so tatatititutu.....jgn luper ganti poser yekkkk.....bubbyee...